Bismillahirahmanirrahim.

Masa terlalu cepat berlalu. Meninggalkan seribu kenangan. Jatuh. Bangun. Turun. Naik. Semua cukup untuk aku. Cuma yang terdekat tau macamana aku selamani. Aku  masih mcm ni. Masih kat bawah. Masih kosong. Masih tak ada apa-apa. Dengan izin Dia yang kat atas, aku masih bernafas saat ni.

Aku penat. Terlampau penat dengan semua yang memerlukan emosi. Hampir gila aku dibuatnya. Ahhh tak ada siapa faham. Aku harap semuanya akan cepat berlalu. Tak larat rasanya nak melayan apa yang terlintas kat fikiran. Kerana aku cuma perempuan biasa, yang dah habis keringat untuk pertahankan apa yang tak sepatutnya layak terima kekuatan semangat aku ni. Jika sekali lagi, aku pasti mati.