Sorry Babies !

Hi Assalamualaikum sayang sayang semua :) sihat tak ni? cian iyeee tga final ea.. So cemana paper? Hope semuanya okay ye korang. Bytheway, really sorry fr the broken promises =,= Memula mmg mcm jadi sgt ke sana. Semua nya dah di plann awal awal. Tapi biasa lah, tak semua yg dirancang menjadi kan? Dua minggu kita tak sihat. Injured. Jari telunjuk bengkak lebih dua minggu. Sampai pergi klinik, klinik kasi appointment g sepital. Then sampai sepital, kena korek habes habes. Biasalah, govement kan? Mana ada hati perut. Seksa! :'( tsk tsk
Then plan bertambah tak jadi bila tak bole cuti hari jumaat. Cuti sabtu ahad kena potong gaji double :'( Tambah tambah pulak tak jadi bila duit mmg tak cukup. Maklumlah wak, keje biasa je, gaji berapaa lah sgt. Sebelum gaji tu kita hari hari kira nak ketepikan duit belanja nak ke Melaka, tapi tetap tak cukup. Sedih sedih sedih! :'(
Hari hari nangis kita kat sini wak. Lepas satu, satu pulak masalah datang. Hari hari ada je yg nak buat kita nangis. Kita tak kuat. Selalu je terfikir nak buat yg bukan bukan :'( Kita takde kawan pun kat sini. Simpan sendiri je, nak nangis pun sorang sorang sampai tetidur. Kita pun selalu je sakit. Ni pun baru lepas muntah muntah sampai 3 beg plastik tadi. Kita dah makin kurus tau wak :( Langsung tak naik berat badan ni. Ntah lah, dah nak mati agaknye kan. Kalau kita mati nanti, awak datang tau? Epa tau kan rumah kita? Kalau kita mati sebelum dapat jumpa korang, kita mintak maaf sangat sangat ye, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan segalanya ye? :'(

Guys, really miss u badly :'( Kat sini kita takde kawan yg nak nangis sama sama dgn kita :( Kita takde kawan yg nak care pasal sakit pening kita :( Takde sape nak tolong urut tangan kita macam Epa Emaa urut tangan kita, takde sape nak teman kita pergi klinik time kita sakit, takde sape nak ada dengan kita bila ada orang marah maki pandang slek sound sound kita, takde sape nak makan nasi guna garfu dekat depan lobi tempat parking kereta dgn kita, takde sape nak naik moto hujan hujan teman kita pos barang, takde sape nak main baling baling tepung karipap dari tingkat 16 dgn kita, pergi ceramah pakai baju kain cotton dekat court sama sama. :'( Haihh cepat sangat masa belalu kan wak. Cemburunya kita dengan korang semua yg dapat habiskan study.. Takpelah, bukan rezeki kita, kita redha wak :') Insyallah redha :) Guys, stdy leklok ye, jgn sia siakan peluang korang, insyallah panjang umur, kita ada dgn korang masa korang konvo nanti, tak dapat naik, dapat tengok pun jadi lah kan? :')
Okaylah, mata pedih sangat ni wak, dari siang tadi taktau kenapa, mungkin dah nak buta. Hari hari nangis. hukhuk Kalau kita buta, still aggp kita kawan tak? hee gurau jee. Okok, Panjang sangat dah membebel ni. Nanti kita tulis lagi tau! Kita rindu awak :'( So tolong rindu kita jugak! *paksa ni hehe Pasal birthday present yg awak kata dah ada tuuu, alahaiiii sedihnya tak dapat :( pos la pos laaa, pleaseeee hihi Taktau bila dapat datang :'( tsk tsk
Awak jgn risau pasal kita ea, kita kuat! Awak pun tau kan? hee *kenyit mata Cuma tak kuat bila rindukan, teringatkan sibling tersayang yg sentiasa ada masa suka duka kita ni jeee, kompom nangis bila rindu! huhu Oklah, goodluck next paper sayang sayang! jaga diri, jangan sakit sakit ye? Pekse buat leklok ;) byeee assalamualaikum! xoxo