The Hint?

"Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur (gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak bermula jam 1 pagi sehingga 4 pagi sebelum waktu subuh. Mimpi yang baik juga adalah mimpi semasa tidur sebentar sebelum masuk waktu zohor .(Sunnah Rasulullah S.A.W. yang menyarankan agar kita tidur sebentar sebelum masuk waktu solat zohor dipanggil qailulah)

Setiap perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah S.W.T, kita perlu berserah kepada Qadak dan Qadar Allah S.W.T , kerana Dia saja yang Maha Mengetahui "

Unforgetable dream. Semalam petang, baring dengar lagu sambil scroll gambar. Sampai kat gambar kita bertiga (Aku, Mek, Petom) aku jadi sebak & burst into tears. Idk why I've always end up crying bila part teringatkan diorang. Bukan sengaja, kalau boleh taknak nangis pun, tapi automatik sebak. Sangat. Bila nak lupus perasaan ni pun aku taktau. Aku pun taktau apa yang aku pikir dalam kepala, aku pegi post gambar bertiga, gambar lama. First aku post aku tag nama diorang. Masatu dalam kepala, manalah tau, kot kot lepastu diorang ada rasa terimbau kenangan masa sama sama lepastu tegur aku lagi ke. Tapi aku delete post tu tak sampai seminit. Aku post semula, tapi tak tag nama. Masatu dalam kepala pulak, takpela takpayah tag. If they noticed, then okay. Kalau tak nampak pun tak apa. Biarlah gambar tu jadi kenangan dalam ig aku tu. So aku biar. Sampai la ada few notification masuk. Ramai jugak yang like. I wonder mesti diorang terfikir, dah lama tak nampak tiga orang ni keluar sama sama. Tak lama, lepas maghrib tu, aku pun taktau kenapa aku pi delete balik post tu. Betul. Aku pun taktau kenapa. Lepas habis cerita #cintasiweddingplanner tu aku mandi siap siap pegi tesco dengan mak dengan farid. Masatu aku lupa sekejap apa yang aku dah buat sebelum tu. Aku tak ingat dah. 

Malam tadi, pukul 2 lebih aku terjaga. Sbb mmg niat nak download cerita Miracle In Cell No.7 tu. Pakai 1gb free data tu. Hehe Tak habis download aku dah terlelap balik. Tp dia still running la dloadnya. 

Tetiba aku tersedar. Kejap je. Sbb termimpi. 

*Telepon bunyi dlm handbag. Aku pick up la call tu. Tetiba muncul mek depan aku. Kitorang mcm tengah duduk/berdiri di pisahkan dengan meja kalau tak silap. 
Tetiba aku dengar dia ckp "eh sorry aku tertekan call kot. Tapi aku nak bagitau, aku memang dah taknak kawan dengan kau. Betul.. " sambil ambik bag dia kut & pergi dari tempat tu. Tak sempat aku tanya kenapa or apa apa. Nafas rasa tersekat. Tak boleh nak put into words perasaan masa tu. Aku speechless tercengang sambil tengok dia pergi macam tu je. 
Aku sedar tengok jam awal lagi. Sedih sendiri. Macam2 bermain kat fikiran aku. Sampailah aku terlelap balik. Tapi tak senyenyak sebelum tu..

Pukul 6:00 aku dengar azan subuh, aku bangun cuci muka gosok gigi, aku smyg subuh. Nk amik wuduk pun menitik air mata. Nak rukuk nak sujud pun still, tearsdrop.

Ya Allah, mungkin memang petunjuk. Dia betul betul dah taknak ada kena mengena dengan aku lagi. Tiga bulan lebih satu khabar pun tak ada walaupun duduk dalam daerah yang sama. Atau mungkin betul apa kata petom haritu "Dia sikit pun dah tak ada cakap pasal kau dah.." 

Mungkin macam cliche, macam ala mainan tidur je tu, thinking too much sampai terbawak dalam mimpi etc. Tapi aku yang rasa mimpi tu, aku nampak jelas muka dia, suara dia, dia pandang muka aku masa cakap semua tu. Kenapalah masa dalam mimpi tu dia tak bawak sekali pisau, hiris hiris je muka aku ni

Sampai saat ni, jujur aku kata, kalau diorang still nak terima aku sbg kawan, aku still nak cuba jadi yang terbaik dalam menjalinkan hubungan berkawan. Haih

Tak adil betul perasaan berat jiwa ni cuma aku yang rasa. Terbawak bawak dalam kehidupan sehari hari aku. Sedangkan diorang happy, hangout, keluar makan, pegi jalan sama sama..

BILA LAH PERASAAN GIVE UP / HATI MATI TU NAK WUJUD DALAM DIRI AKU?